Politik dan Kerajaan Gabon

Gabon bersistem presiden. Presiden pertama Gabon adalah Léon M'Ba. Presiden ke-2 adalah Omar Bongo Ondimba yang sudah berkuasa sejak tahun 1967 hingga kematiannya pada tahun 2009. Antara tahun 1968 hingga 1990, kekuasaannya berdasarkan pada sistem parti tunggal, Parti Demokratik Gabon. Setelah kekacauan politik yang melanda sebahagian besar Afrika selepas dirobohkannya Tembok Berlin, Bongo menukar haluan ke berbilang parti sejak tahun 1990.